fb fb fb fb fb

6,000 sertai sambutan Thaipusam di Seremban

Penganut Hindu berarak dengan menjunjung Paal Kudam

SEREMBAN, 25 Januari- Kira kira 6,000 orang menyertai sambutan Thaipusam yang diadakan di Seremban, hari ini.

Presiden Kuil Balathandayuthapani, Kapten Parameswaran Rengasamy Devan berkata acara bagi sambutan itu telah bermula sejak semalam dan akan diadakan sehingga petang nanti dengan perarakan mengelilingi bandar Seremban.

Perarakan pagi tadi pula dimulakan dari kuil di Bukit Tembok, Seremban hingga Kuil Sri Balathandayuthapani jarak 3.5 kilometer dengan membawa Paal Kudam (tabung susu) sebagai tanda simbolik menunaikan nazar dan sebagai tanda kesyukuran.

"Pagi ini dimulakan dengan perarakan bawa tabung susu dari kuil di Bukit Tembok Seremban,sepanjang lebih kurang 3.5km kami berarak lebih kurang 300 orang bawa tabung susu dan kabadi ke sini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Seremban. 

 

2501 SEREMBAN THAIPUSAM 2
Presiden Kuil Balathandayuthapani, Kapten Parameswaran Rengasamy Devan

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE