fb fb fb fb fb

6,000 sertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka

Perarakan diketuai Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh / FOTO RTM

BUKIT PALAH, MELAKA 16 September- Hujan renyai tidak menghalang lebih 6,000 peserta menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka.

Perarakan sejauh 3.91 kilometer bermula dari Stadium Tun Fatimah hingga pekarangan Dataran Pusat Islam negeri itu membabitkan 121 kontinjen.

Perarakan diketuai Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada pukul 8.45 pagi.

Hadir sama barisan Exco Kerajaan Negeri dan ia turut membabitkan penyertaan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi dan pelajar.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE