57,910 murid dikesan pembawa talasemia

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Februari – Seramai 57,910 daripada 2.12 juta murid yang menjalani saringan di seluruh negara dikenal pasti sebagai pembawa penyakit talasemia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seramai 57,910 murid dikesan sebagai pembawa talasemia melalui saringan kebangsaan.
  • Prevalens pembawa talasemia dicatatkan pada 59.1 per 1,000 murid yang disaring.
  • Prevalens tertinggi mengikut etnik adalah dalam kalangan Melayu, diikuti Kadazan Dusun dan Cina.
  • Negeri dengan kadar pembawa tertinggi ialah Sabah, Selangor dan Kedah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah itu membawa kepada prevalens pembawa talasemia di seluruh negara kepada paras matriks 59.1/1,000 murid yang disaring.

“Kita tahu prevalens tertinggi di negara kita, jika mengikut etnik, adalah dalam kalangan Melayu, diikuti Kadazan Dusun dan seterusnya Cina. Manakala dari segi negeri pula, kadar tertinggi dilaporkan di Sabah, Selangor dan Kedah”, katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berhubung status pencapaian program saringan talasemia, termasuk pelajar berusia 16 tahun, praperkahwinan, pranatal serta tahap kesedaran rakyat mengenai penyakit itu.