fb fb fb fb fb

56 buah bas baharu bawah Program SBST disediakan tahun depan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook

KUCHING, 11 Oktober- Sebanyak 56 buah bas baharu akan disediakan bawah Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST) pada awal tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, program tersebut bagi memberi kemudahan untuk keselesaan pengguna.

Beliau menambah, bajet yang diperlukan untuk SBST berjumlah RM79.2 juta dalam tempoh lima tahun.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, tambang bas tersebut yang ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) tidak akan membebankan pengguna.

Beliau berkata demikian dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Biaramas Express di Kuching.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin dan Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak, Datuk Seri Abang Abdul Karim Tun Openg.

SBST telah diperkenalkan atas jenama myBAS pada tahun 2015 yang merupakan migrasi daripada perkhidmatan bas berhenti-henti oleh pengendali bas di ibu-ibu negeri di seluruh negara.

Perkhidmatan tersebut turut dirangka bagi memastikan penumpang memperolehi perkhidmatan bas sepanjang laluan sosial yang dahulunya kurang mendapat perhatian, di samping mengurangkan pertindihan laluan bas agar liputan perkhidmatan tersebut mencapai tahap optimum.

Bas-bas bawah inisiatif myBAS dilengkapi dengan sistem pengesanan dan pemantauan GPS yang merupakan syarat untuk semua pengendali yang mengambil bahagian dalam program bekenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE