fb fb fb fb fb

55 PATI termasuk bayi ditahan di Negeri Sembilan

Foto JIMNS

SEREMBAN, 15 Mei- Seramai 55 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan di sekitar kawasan Seremban serta Nilai pada 13 dan 14 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS), Kennith Tan Ai Kiang berkata menerusi operasi itu, seramai 200 individu telah diperiksa.

PATI ditahan berusia antara satu hingga 51 tahun.

"Penahanan melibatkan 30 warga Indonesia, warga Myanmar (6 orang), warga Bangladesh (11 orang), warga Pakistan (2 orang) dan warga Vietnam (6 orang).

"Mereka ditahan di atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Sebanyak 12 borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan/penjaga premis untuk hadir ke JIMNS bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, kesemua PATI berkenaan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM