MELAKA, 9 Disember- Kes COVID-19 di Melaka pada minggu Epidemiologi 48 (ME 48) berakhir 2 Disember meningkat kepada 534 kes baharu berbanding minggu sebelumnya iaitu 268 kes.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka Ngwe Hee Sem berkata, "jumlah itu menjadikan keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri itu kepada 152,975 kes."
Manakala kes sembuh pula direkodkan kira-kira 151,299 kes .
Bagaimanapun Ngwe Hee Sem dalam kenyataan berkata, kira-kira 458 kes aktif sedang menerima rawatan.
Pada minggu itu juga, satu kluster aktif dilaporkan di Melaka iaitu Kluster Paya Rumput Jaya. Ia merupakan kluster pendidikan dan dijangka tamat pada 25 Disember depan.
Sementara itu, kes Influenza turut menunjukkan peningkatan kepada 11 peratus pada minggu Epidemiologi ke 48 berbanding 9.8 peratus pada minggu sebelumny.
Manakala untuk kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pula mencatatkan sebanyak 78 kes pada minggu sama. Ia meningkat 44.4 peratus berbanding 54 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Jabatan Kesihatan Melaka akan terus memantau perkembangan penyakit berjangkit di Melaka selain melakukan langkah-langkah pencegahan dan kawalan COVID-19 dengan bantuan dan kerjasama daripada pelbagai agensi.