fb fb fb fb fb

533 warga IKBN Kuala Perlis jayakan Program Hari Cuci Malaysia 2025

FOTO IKBN KUALA PERLIS

KUALA PERLIS, 27 September - Seramai 553 warga kerja dan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis menjayakan Program Hari Cuci Malaysia 2025 di sekitar kawasan institut berkenaan.

Program tersebut dilaksanakan sempena Pembersihan Mega World Clean Up Day dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pengarah IKBN Kuala Perlis, Zaliha Abu Bakar berkata, penganjuran program itu bertujuan memupuk budaya kebersihan dan kesukarelawan, selain mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif serta sihat.

"Aktiviti gotong-royong berkenaan turut menggalakkan semangat kerja berpasukan dan penyertaan menyeluruh warga IKBN Kuala Perlis, yang dijalankan serentak di seluruh negara.

"Usaha ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran warga IKBN mengenai kepentingan serta tanggungjawab terhadap kebersihan awam," katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE