fb fb fb fb fb

532 calon SPM di Kedah terkesan banjir

Foto Ihsan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

ALOR SETAR, 1 Disember- Hanya 532 calon atau 1.8 peratus daripada keseluruhan 28,953 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berdaftar di Kedah, terkesan dalam kejadian banjir yang melanda negeri itu, ketika ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Ismail Othman berkata semua calon yang ditempatkan di asrama akan menduduki Ujian Lisan Bahasa Melayu (bertutur) mulai 2 Disember hingga 5 Disember 2024.

Beliau berkata pihak asrama menyediakan kemudahan penginapan, tempat belajar dan makan minum sebanyak enam kali sehari.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke asrama di dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang menempatkan calon SPM yang terkesan akibat banjir yang melanda negeri Kedah di Alor Setar, malam tadi.

Sekolah berkenaan ialah SMK Agama Kedah yang menempatkan seramai 81 calon SPM dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Darussaadah dan 14 calon dari SMK Alor Merah manakala SMK Alor Janggus menempatkan seramai 24 calon SPM dari SMK Seri Gunung.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM