fb fb fb fb fb

50 projek perumahan sakit, terbengkalai berjaya dipulihkan

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir

PUTRAJAYA, 1 Disember- Sebanyak 50 projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai dengan 4,986 unit perumahan sepanjang Oktober lalu berjaya dipulihkan.

Ia merupakan rekod tertinggi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) diwujudkan bermula Januari lalu.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, sepanjang tempoh tersebut, KPKT berhasil mencapai kejayaan yang signifikan dalam pemulihan projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai di Malaysia.

"Ini termasuk projek-projek perumahan yang mendapat Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) ataupun pembinaan kemajuan itu kembali lancar seperti yang sepatutnya.

"Jadi kalau mengikut rekod juga bagi sepuluh bulan 2023 ini, menunjukkan bahawa betapa dinamiknya keadaan tetapi juga ada penambahbaikan ataupun dari segi jumlah projek yang berjaya kita pulihkan", katanya dalam sidang media di sini.

Mengulas lanjut, TFST merekodkan 55 projek lewat, 497 projek sakit dan 117 projek perumahan swasta yang telah disahkan terbengkalai.

Semua projek lewat, sakit dan terbengkalai itu membawa nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM74.92 bilion.

Namun jelasnya, walaupun terdapat pertambahan projek sakit dan projek terbengkalai, namun GDV telah berkurang sebanyak RM4.11 bilion

ROSLINA BINTI DIN