fb fb fb fb fb

50 PATI ditahan dalam OP SAPU di Gua Musang

Foto Facebook JIM Kelantan

GUA MUSANG, 18 Julai - Seramai 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menerusi Operasi Penguatkuasaan OP SAPU yang dijalankan di sekitar Gua Musang selama dua hari sejak semalam.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan, JIM menahan 19 lelaki warga Bangladesh, 23 warga Indonesia terdiri daripada 22 lelaki dan seorang wanita, tujuh lelaki warga Myanmar serta seorang lelaki warga Kemboja.

Kesemua yang ditahan berusia antara 22 hingga 54 tahun.

"Kesemua warga asing ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63", menurut kenyataan itu.

Operasi dijalankan hasil risikan terhadap beberapa lokasi tumpuan warga asing termasuk rumah kongsi dan kilang kayu.

JIM turut menyeru orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran PATI atau sebarang aktiviti yang mencurigakan.

ROSLINA BINTI DIN