fb fb fb fb fb

50 Kampung Siaga 221 ditubuhkan hadapi bencana

foto Bernama

KUALA LUMPUR, 1 Oktober - Sebanyak 50 Kampung Siaga 221 telah ditubuhkan di seluruh negara.

Penubuhan Kampung Siaga 221 antara usaha Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam bersiap siaga menghadapi pelbagai bentuk bencana sepanjang Monsun Timur Laut.

Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan APM, Kol (PA) Fazlisyah Muslim berkata, menerusi program itu, penduduk diberi latihan asas agar mampu bertindak sendiri dengan lebih pantas dalam menyelamat diri dan keluarga atau mencegah sebarang kesan buruk yang bakal berlaku ketika kecemasan atau bencana.

"Kita sasarkan seramai 1,000 orang ketua kampung untuk kita laksanakan latihan itu kepada mereka. Jika berlaku bencana di kampung-kampung berkenaan, mereka boleh respons dengan lebih baik, " katanya.

Selain itu, lebih 15,000 anggota APM siap siaga untuk digerakkan pada bila-bila masa.

Kol (PA) Fazlisyah berkata demikian ketika ditemui media selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, Kota Media.

Trainee