fb fb fb fb fb

50 asnaf terima 'Food Pack Ramadan' LHDN

FOTO LHDN Kedah

BALING, 30 Mac- Bagi mengimarahkan keberkatan bulan Ramadan dan memupuk semangat kasih sayang dalam masyarakat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Kedah telah menyampaikan ‘Food Pack Ramadan’ menerusi program tanggungjawab sosial (CSR) tahun 2024.

Menurut kenyataan LHDN Kedah, seramai 50 keluarga asnaf dari Mukim Pulai, Mukim Siong dan Mukim Baling/Bagor menerima ‘Food Pack Ramadan’ yang terdiri daripada makanan asas seperti beras, minyak masak, telur, sardin dalam tin, gula, dan barang pelbagai keperluan asas lain.

Pengarah LHDN Kedah, Aziz Din berkata, penganjuran program ini merupakan tanda prihatin HASiL kepada masyarakat luar bandar dan golongan asnaf yang memerlukan.

”Dan ia akan dijadikan acara tahunan”, katanya.

Tambah beliau, Ia juga merupakan salah satu pendekatan strategik HASiL bagi mendekatkan diri kepada masyarakat sekali gus dapat meningkatkan kesedaran orang awam tentang peranan dan fungsi HASiL.

Agihan sumbangan ini turut disertai oleh Pegawai Daerah Baling, Datuk Abdul Gafar Yahya dan penghulu-penghulu mukim yang terlibat.

ROSLINA BINTI DIN