fb fb fb fb fb

50,000 peserta bakal meriahkan festival Malaysia Bike Week 2024

Exco Pelancongan Warisan Seni dan Budaya negeri Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (tengah) melihat motosikal yang dipamerkan pada program Konvoi Malaysia International Classic Bike Festival di Bandar Melaka

MELAKA, 2 Jun - Kerajaan negeri menyasarkan penyertaan kira-kira 50,000 peserta bermotosikal sempena penganjuran selama tiga hari Malaysia Bike Week yang bermula 14 hingga 16 Jun depan di Dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Exco Pelancongan Warisan Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata program yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Superbikers Malaysia itu bukan sahaja menghimpunkan pemilik motosikal berkuasa tinggi malah pelbagai kategori termasuk motosikal klasik.

"Pengunjung yang hadir akan dapat menyaksikan pelbagai pameran menarik antaranya himpunan 300 motosikal berkuasa tinggi daripada pelbagai jenis motosikal termasuk dari Singapura, Brunei dan Indonesia.

"Selain itu dijangka Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut berkenan mencemar duli bagi menghadiri Malaysia Bike Week ini pada 15 Jun itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Konvoi Malaysia International Classic Bike Festival di Bandar Melaka, di sini.

Tambah Abdul Razak, sempena program itu juga, sebanyak sepuluh motosikal dan sebuah kereta turut disediakan khas bagi cabutan nombor bertuah kepada peserta dan pengunjung yang hadir.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN