fb fb fb fb fb

48 penerima DUN Tanjung Datu terima geran MRP dan UNIFOR

Majlis Penyerahan geran MRP dan UNIFOR kepada 48 penerima di DUN Tanjong Datu

LUNDU, 27 Jun: Sejumlah RM395,000 geran Projek Kecil Luar Bandar Sarawak (MRP) dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama lain (UNIFOR) telah diagihkan kepada 48 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri, DUN Tanjong Datu.

Menurut kenyataan media pejabat DUN Tanjong Datu, 46 penerima adalah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menerima geran MRP, manakala dua penerima mendapat geran UNIFOR.

Majlis Penyerahan disempurnakan oleh ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak, CENTEXS semalam.

Dalam pada itu, Azizul memberitahu semua NGO, JKKK dan PIBG diseru untuk menghantar permohonan baharu sebelum Oktober tahun ini terutama kepada yang ingin mengadakan aktiviti pada hujung tahun.

Katanya, untuk setiap permohonan juga harus mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu.

ROSLINA BINTI DIN