fb fb fb fb fb

450 penduduk Perlis terima suntikan vaksin Influenza

Foto fail

KANGAR, 29 Oktober -Seramai 450 warga emas dan individu yang berusia bawah 60 tahun di Perlis, tidak melepaskan peluang mendapatkan suntikan Vaksin Influenza di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan, Gan Ay Ling berkata, bagi warga emas suntikan vaksin adalah secara percuma, manakala bagi mereka berusia bawah 60 tahun dikenakan bayaran hanya RM10 dengan RM40 lagi adalah subsidi diberikan Pejabat ADUN Indera Kayangan.

Sambutan yang diterima penduduk DUN Indera Kayangan amat memberangsangkan dan program yang dijadual hanya sehari iaitu pada 28 Oktober dilanjutkan hingga 29 Oktober bagi memberi peluang lebih ramai mendapatkan suntikan vaksin Influenza tersebut.

"Inisiatif pelaksanaan program itu sebagai satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat dalam menjaga kesihatan diri sendiri dan orang awam," kataya kepada pemberita pada Program Suntikan Vaksin Influenza dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Dewan Badminton, Tokong Sayur, di sini.

Program dijayakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Klinik Remedic yang memberikan perkhidmatan suntikan dan kepada penerima yang hadir.

Program berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Chenshi Taichi dan Seni Mempertahankan Diri Perlis serta Pertubuhan Rumah Berhala Kew Ong Tai Teh Tau Boo Keong Kangar, dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Indera Kayangan.

TETITIA YUSOFF