fb fb fb fb fb

45 sukarelawan sertai Misi Prihatin Pasca Banjir

45 sukarelawan menyertai Misi Prihatin Pasca Banjir di Kampung Yoi

SIK, 18 November- Seramai 45 sukarelawan menyertai Misi Prihatin Pasca Banjir di Kampung Yoi, Mukim Jeneri, Sik, Kedah sebagai keprihatin nasib keluarga yang terjejas akibat banjir.

Misi itu merupakan kali kedua dilaksanakan.

Bagi Timbalan Presiden Pertubuhan Aspirasi Prihatin Malaysia, Hazli Shah Bahaman, berkata sukarelawan membersihkan beberapa kediaman penduduk serta surau Kampung Yoi dengan kerjasama lebih 100 penduduk kampung.

Sumbangan khidmat masyarakat kepada penduduk terjejas banjir diharap dapat meringankan beban yang ditanggung serta memberikan semangat untuk terus menjalani kehidupan seharian walaupun kawasan kampung terlibat difahamkan sering dilanda banjir setiap kali hujan lebat 

"Pertubuhan Aspirasi Prihatin Malaysia sentiasa bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan penduduk dalam melaksanakan pelbagai misi bantuan serta membantu golongan memerlukan di seluruh negara," katanya ketika mengetuai Misi Prihatian Pasca Banjir di Kampung Yoi, Mukim Jeneri, di sini.

Pelepasan  sukarelawan misi kali ini disempurnakan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

Program dilaksanakan Pertubuhan Aspirasi Prihatin Malaysia dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Jeneri dan Persatuan Kebajikan Joggers Perlis serta sukarelawan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Selain pembersihan surau dan rumah penduduk yang terkesan akibat banjir, bantuan berupa barangan keperluan harian turut disampaikan kepada 50 keluarga terlibat banjir dan asnaf terpilih bagi meringankan beban dan tanda keprihatian daripada sukarelawan yang hadir.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI