fb fb fb fb fb

42 warga asing ditahan di Johor pada 6-7 Februari

Foto Jabatan Imigresen Johor

JOHOR BAHRU, 8 Februari- Jabatan Imigresen (JIM) Johor menahan 42 warga asing antara 6 hingga 7 Februari lalu, dipercayai tinggal lebih masa, serta bekerja dan tinggal dalam negara tanpa permit sah.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, tangkapan dijalankan menerusi serbuan di 52 premis seluruh negeri dan memeriksa 224 individu.

Sebanyak 32 premis diserbu di Johor Bahru, diikuti 13 premis di Batu Pahat dan lima premis di Muar.

"Warga asing ditahan terdiri daripada 19 lelaki, enam wanita dan seorang kanak-kanak lelaki Myanmar, empat wanita dan seorang kanak-kanak lelaki Indonesia, enam lelaki Bangladesh, tiga lelaki Nepal, seorang lelaki India dan seorang wanita Vietnam.

"Kesemua ditahan berumur tiga hingga 52 tahun", katanya dalam kenyataan.

JIM Johor turut mengeluarkan enam notis hadir ke pejabat kepada individu terlibat bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959 / 63 (Akta 155) serta Peraturan 39 (B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

ROSLINA BINTI DIN