fb fb fb fb fb

418 polis Perak terima augerah Pingat Jasa Pahlawan Negara

Datuk Seri Saarani Mohamad

IPOH, 17 November- Seramai 418 pegawai dan anggota polis kontinjen Perak terdiri daripada yang masih berkhidmat, pesara dan waris dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) sebagai menghargai jasa dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan.

Pingat dianugerahkan kepada petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkhidmat semasa Era Darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 21 Julai 1960.

Selain, Era Insurgensi Komunis pada 17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989 serta di Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Perkhidmatan Semasa Darurat.

"Hari ni, majlis hari ni menyampaikan kepada 400 orang penerima sebagai tanda perhargaan, pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia khususnya kerajaan negeri kepada anggota polis yang telah berjasa kepada masyarakat dan negara, jadi kita ucapkan tahniah, kepada penerima-penerima hari ini," katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Saarani turut menyempurnakan penyampaian PJPN kepada 100 penerima dalam Istiadat yang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI