fb fb fb fb fb

400 petak parkir dijangka elak kesesakan HSA

Foto hiasan

JOHOR BAHRU, 6 Januari- Kira-kira 400 petak parkir melibatkan dua fasa pembinaan bakal dibina di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi menangani isu kesesakan tempat letak kenderaan di kawasan itu.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bagi fasa pertama 178 parkir dijangka akan siap akhir bulan ini sebelum sambutan perayaan Tahun Baru Cina. 

Manakala lebih 200 lagi akan dilaksanakan dalam fasa kedua mengikut keperluan dari semasa ke semasa yang melibatkan jumlah keseluruhan tanah melebihi enam ekar.

"Jadi pengguna-pengguna HSA lepas ini tidak perlu parkir di tepi jalan HSA. Boleh parkir di sini seperti yang kita bentangkan tadi.

"Pelawat boleh guna jejantas sedia ada untuk pergi ke HSA dan kita akan buat secara berfasa," katanya selepas melaksanakan Program Johor Bersih di Pantai Lido dan Majlis Pecah Tanah Parkir HSA di sini.

Dalam tempoh sebulan, parkir berkenaan akan diberikan secara percuma kemudian akan diserahkan kepada pihak HSA untuk mengendalikannya. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI