fb fb fb fb fb

40 warga Bangladesh diberi notis NTL di KLIA1

Kesemua individu itu akan dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh 24 jam/Foto AKPS

PUTRAJAYA, 12 Ogos - Seramai 40 warga Bangladesh diberi Notis Penolakan Masuk (NTL) ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) dalam satu operasi pemantauan awal hari ini.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkata, mereka merupakan sebahagian daripada 134 warganegara asing yang diperiksa sejurus mendarat menerusi dua penerbangan dari Dhaka antara pukul 1 pagi hingga 6 pagi.

"Penolakan kemasukan itu dibuat selepas semakan dokumen perjalanan, tujuan kemasukan dan tiket pulang mendapati niat mereka mencurigakan serta tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Kesemua individu itu akan dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh 24 jam,” menurut kenyataan itu hari ini.

Agensi itu turut memaklumkan kes NTL di KLIA1 meningkat 26 peratus dari Mei hingga Julai lalu.

"Jumlah kes NTL itu telah meningkat daripada 900 pada Mei kepada 987 pada Jun, sehingga mencecah 1,134 kes pada Julai 2025," menurut agensi itu.

Katanya, pemantauan di pintu masuk negara akan terus diperketat, khususnya pada waktu awal pagi, bagi mengekang cubaan kemasukan dari sektor penerbangan berisiko tinggi.

BERITA BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN