fb fb fb fb fb

40 warga asing di pangsapuri mewah di Brickfields, ditahan

Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan pendatang tanpa izin di sebuah pangsapuri mewah di Brickfields/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 Julai- Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 40 pendatang tanpa izin di sebuah pangsapuri mewah di Brickfields dalam operasi empat jam yang berakhir pukul 4.00 pagi tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff dalam satu kenyataan berkata, dalam operasi itu, 25 warga India, 10 warga Sri Lanka, dua warga Pakistan, dua Bangladesh dan seorang warga Myanmar berusia antara tiga hingga 61 tahun ditahan.

"Mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki pasport atau permit untuk tinggal di Malaysia, memegang pasport tamat tempoh dan tinggal lebih masa," katanya.

Setiap unit pangsapuri yang terlibat dalam operasi itu disewa lebih RM2,000 sebulan dan diduduki lapan warga asing, kebanyakannya bekerja dalam sektor pembinaan dan makanan.

Kesemua yang ditahan dipindahkan ke Depoh Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut bawah Akta Imigresen 1959/63.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI