fb fb fb fb fb

4,324 sekolah luar bandar lengkap dengan kelajuan internet hingga 300Mbps

Pelajar luar bandar menggunakan kemudahan internet/Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Mac - Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan telah menyediakan capaian internet dengan berkelajuan 30Mbps hingga 300Mbps di 4,324 sekolah di luar bandar.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, penyediaan akses internet itu adalah khusus bagi memperkasa pembelajaran secara digital terutamanya di kawasan berkenaan.

"Bagi sekolah di luar bandar, sebanyak 960 sekolah disediakan dgn fiber optik, 2,775 sekolah pula disediakan talian jalur lebar, 589 sekolah dengan talian satelit khas.

"KPM juga telah memperkasakan pusat kegiatan guru di seluruh negara dan jumlahnya 367 buah. Pusat kegiatan guru ini disediakan peralatan digital hub dan studio digital," katanya bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkaitan persediaan pendidikan secara digital khususnya kawasan luar bandar.

Tambah beliau, guru-guru dan pelajar juga digalakkan ke pusat kegiatan tersebut untuk melakukan kerja-kerja dan persiapan ke arah pendidikan digital.

GRACE AISYAH KEDAYAN