fb fb fb fb fb

39 syarikat diseru penuhi sasaran 30 peratus penglibatan wanita

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Kerajaan menyeru supaya 39 syarikat memenuhi sasaran 30 peratus penglibatan wanita dalam jawatan lembaga pengarah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat 10 Oktober purata wanita memegang jawatan berkenaan di 100 syarikat teratas yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah pada kadar 32.2 peratus.

"Kerajaan menyeru supaya sasaran ini dicapai semua syarikat sebelum akhir 2027," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen.

Dalam hal itu, kerajaan akan terus menggalakkan wanita kembali bekerja. Kerajaan juga bercadang memberikan potongan cukai tambahan sebanyak 50 peratus bagi penggajian yang dibayar untuk tempoh 12 bulan, kepada majikan yang menggaji wanita kembali bekerja.

Selain itu, beliau berkata Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) diperhebat di bawah Kementerian Wanita sebagai usaha melahirkan lebih ramai tokoh korporat dalam kalangan wanita.

Manakala Program Returnship akan diperintiskan bagi menggalakkan wanita kembali bekerja dalam sektor kewangan.

"Program anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Seckuriti (SC) ini akan menyediakan kemudahan latihan dan kemudian menghubungkan dengan bakal majikan yang bersesuaian untuk kembali bekerja," katanya.

Dalam menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) wanita mendapatkan modal kerja, membeli aset dan seterusnya meningkatkan kapasiti perniagaan ke tahap lebih tinggi sebanyak RM470 juta dana pembiayaan disediakan oleh SME Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Berkenaan pembudayaan kerja dan kehidupan yang seimbang di samping menyokong agenda ekonomi penjagaan kepada pekerja kerajaan turut mencadangkan galakan cukai kepada majikan.

"Potongan cukai tambahan 50 peratus ke atas perbelanjaan kos pembangunan kapasiti dan perolehan perisian yang ditanggung oleh majikan dalam melaksanakan pengaturan kerja fleksibel.

"Potongan cukai tambahan 50 peratus bagi kemudahan cuti penjagaan tambahan berbayar oleh majikan sehingga 12 bulan kepada pekerja yang menjaga anak atau ahli keluarga yang sakit atau kurang upaya," katanya.

1810 BELANJAWAN 47 49 51 WANITA KANAK2 OKU 2Foto hiasan 

Menerusi Ikhtiar ke 49, kerajaan cakna dan akan memastikan kebajikan serta pendidikan anak-anak autistik berada pada tahap terbaik.

"11 Pusat PERMATA baharu akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anakanak autistik. Ini termasuklah di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Dua sekolah baharu murid berkeperluan khas juga dibina di Tuaran, Sabah dan Johor Bahru dengan kos RM300 juta. Sekolah di Johor Bahru bakal menjadi sekolah pertama yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan untuk autistik," katanya.

Sementara itu, elaun murid berkeperluan khas sebanyak RM150 sebulan juga terus disediakan kepada lebih 110,000 murid orang kurang upaya (OKU) termasuk murid autisme melibatkan peruntukan RM200 juta.

Bantuan yuran pembelajaran anak autisme juga disediakan bagi meringankan tanggungan ibu bapa yang layak. Ia bakal memanfaatkan 30,000 anak-anak autisme dengan dana RM15 juta.

"Bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selesa dan terangkum, RM10 juta disediakan bagi untuk membantu sekolah autistik swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan melengkapkan kemudahan pembelajaran.

"Sebuah Pusat Perkhidmatan Autisme akan dibangunkan bagi memanfaat komuniti autisme dengan peruntukan RM5 juta," katanya.

Manakala had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme akan ditingkatkan kepada RM6,000 berbanding RM4,000. Kerajaan juga menyediakan RM5 juta untuk melaksanakan Ikhtiar 1,000 Hari Pertama Kehidupan.

Usaha itu bagi memulakan saringan Hepatitis B secara universal kepada 420,000 ibu hamil untuk pengesanan dan rawatan awal penyakit dalam usaha melahirkan generasi sihat dan produktif.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI