fb fb fb fb fb

39 jemaah terkandas selamat pulang ke tanah air

Jemaah yang terkandas di Jeddah selamat tiba di KLIA/Foto RTM

SEPANG, 29 Julai - 39 jemaah termasuk seorang mutawwif yang terkandas di Jeddah sejak sabtu lalu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ke semua mereka menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH 157, bertolak 9 malam waktu tempatan dan tiba pada jam 11.32 minit tengahari tadi .

Difahamkan 4 orang jemaah pulang ke tanah air semalam dengan menggunakan perbelanjaan sendiri kerana mempunyai janji temu kesihatan.

Melalui kenyataan media Pengarah Urusan Firabib Group Sdn Bhd., Mohd Firdaus Mat Akhir, pihaknya hanya membantu membayar sebanyak RM71, 370 kepada Syarikat Kembara Hijrah Travel untuk membeli 39 tiket tersebut .

Mohd Firdaus turut menjelaskan bahawa beliau tidak ada kaitan dengan syarikat yang gagal membawa pulang jemaah tersebut serta tidak ada membuat sebarang perjanjian bayaran balik.

Dalam pada itu beliau juga tidak akan menuntut kepada jemaah untuk membayar semula tambang tiket tersebut kerana ia merupakan tanggungjawab sosial karporat (CSR).

Sementara P.U Abu Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi berkata, beliau telah menunggu sehingga jam 6.30 petang waktu tempatan bagi pihak pengurusan Persada Global Holidays Sdn Bh memberikan penjelasan tentang dana penginap dan penerbangan pulang namun setelah tiada apa apa tindakan beliau terus mengumumkan di media sosial .

Keputusan itu dibuatnya selepas 8 orang rakan sekerja yang lain diberhentikan kerja oleh syarikat tersebut dan beliau berdepan pelbagai cabaran ketika di Mekah dan Jeddah dalam menguruskan kumpulan jemaah yang gagal dibawa pulang ke tanah air mengikut jadual asal.

Bagi sepasang suami isteri Nazira Frijand Ali dan Mohd Amrul Abd Rahman satu laporan polis akan dibuat kepada syarikat tersebut .

Beliau berkata demikian, kerana merasakan pakej 'golden' (emas) berharga lebih RM12,000 lebih tidak setimpal dengan pakej yang diterima nya .

Jelasnya dengan pendapatan yang ada beliau mampu pulang awal bagaimanapun masih memikirkan jemaah lain yang sedang uzur dalam kumpulan tersebut

Dalam masa yang sama jemaah umrah turut berterima kasih kepada Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah yang membantu mereka dengan memberikan makanan dalam tempoh mereka terkandas di Jeddah

Beliau berkata demikian, kerana merasakan pakej 'golden' (emas) berharga lebih RM12,000 lebih tidak setimpal dengan pakej yang diterimanya.

Jelasnya dengan pendapatan yang ada beliau mampu pulang awal bagaimanapun masih memikirkan jemaah lain yang sedang uzur dalam kumpulan tersebut

Dalam masa yang sama jemaah umrah turut berterima kasih kepada Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah yang membantu mereka dengan memberikan makanan dalam tempoh mereka terkandas di Jeddah.

ASHRIQ FAHMY AHMAD