fb fb fb fb fb

370 penduduk terjejas dipindahkan ke tiga PPS

Angkatan Pertahanan Awam membawa penduduk terjejas banjir ke PPS

KUCHING, 2 Mac- Seramai 370 penduduk terjejas banjir daripada 125 ketua isi rumah (KIR) di bahagian Kuching dipindahkan ke tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Kemaskini laporan Secretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan, tiga PPS berkenaan ialah di Dewan Kampung Segong Bau, Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru dan Dewan Masyarakat Stapok.

"Di PPS Dewan Kampung Segong Bau menempatkan 64 penduduk kampung terbabit daripada 16 KIR.

"Manakala di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru mempunyai 194 penduduk kampung daripada 82 KIR," katanya.

Sementara itu PPS Dewan Masyarakat Stapok pula merekodkan 98 penduduk Desa Wira daripada 23 KIR.

Hujan berterusan yang melanda Bahagian Kuching sejak pukul 1.00 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan dan jalan dilanda banjir.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI