fb fb fb fb fb

37 anak yatim PRITY terima sumbangan kelengkapan hari raya

Seramai 37 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim (PRITY) Kedah menerima sumbangan kelengkapan hari raya bagi meringankan beban mereka / Foto RTM

ALOR SETAR, 22 Mac – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, golongan yang kurang bernasib baik terus mendapat perhatian dan bantuan.

Di Kedah, seramai 37 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim (PRITY) Kedah menerima sumbangan kelengkapan hari raya bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Halimaton Shaadiah Saad dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Baju Raya Anak-anak Yatim PRITY yang berlangsung di Darul Aman Height, Jitra.

Penerima terdiri daripada kanak-kanak berusia antara 4 hingga 17 tahun, yang kehilangan tempat bergantung selepas kematian ibu atau bapa mereka.

Datuk Halimaton Shaadiah berharap sumbangan tersebut bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga penerima, tetapi juga menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN