fb fb fb fb fb

Pemandu teksi, bas sekolah nikmati caruman PERKESO bulan depan

Menteri Pengangkutan Anthony Loke

PUTRAJAYA, 23 Februari- Seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah bakal menikmati caruman perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang ditanggung kerajaan mulai bulan hadapan selama setahun.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, 90 peratus akan dibiayai menerusi peruntukan Kementerian Kewangan melalui PERKESO, manakala 10 peratus lagi akan ditanggung oleh Kementerian Pengangkutan.

"Jadi untuk sektor golongan pemandu teksi kita akan buat caruman tambahan 10 peratus itu, maksudnya 90 peratus daripada Kementerian Kewangan melalui PERKSEO dan 10 peratus akan ditambah nilai oleh Kementerian Pengangkutan.

"Maksudnya pemandu-pemandu teksi dan juga pemandu-pemandu bas sekolah ini, mereka tidak perlu mencarum satu sen pun untuk setahun. Mereka hanya perlu mendaftar nama mereka dan kalau mereka yang sudah mendaftar, kita akan memberi mereka slip pencaruman", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Sua Kasih Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya.

Tambah beliau, inisiatif ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial buat golongan tersebut.

ROSLINA BINTI DIN