fb fb fb fb fb

333 penduduk terjejas banjir di Pahang

Keadaan banjir di Pahang

KUANTAN, 26 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang terus mencatatkan pengurangan iaitu kepada 333 orang berbanding 364 orang yang direkodkan pada pukul 5.00 petang tadi.

Kesemuanya ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Raub dan Lipis.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, "lapan PPS ditutup hari ini berikutan situasi banjir di kawasan kediaman penduduk kembali pulih.

"Ketika ini masih berbaki enam PPS yang dibuka dengan lima di Raub yang menempatkan 324 orang penduduk dan satu PPS di daerah Lipis menempatkan sembilan penduduk," katanya.

Bagaimanapun enam sungai di Pahang ketika ini masih merekodkan bacaan melepasi paras bahaya.

Berdasarkan laman web rasmi infobanjir sungai terbabit ialah Sungai Tembeling di Kampung Bantal Seberang (Jerantut), dan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini (Pekan).

Selain itu, Sungai Thanum di Jambatan Chegar Perah (Lipis), Sungai Lembing (Kuantan), Sungai Pukin (Rompin) dan Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia (Rompin) juga melepasi bacaan paras bahaya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI