fb fb fb fb fb

31 PPPs diaktifkan, percepat agihan PerantiSiswa

(Fahmi Fadzil bergamba kenangan bersama penerima PerantiSiswa)

SHAH ALAM, 5 Mac- Bagi mempercepatkan pengagihan PerantiSiswa kepada mahasiswa dan pelajar, Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) telah mengaktifkan 31 Pusat Pengagihan Berpusat (PPPs) di seluruh negara selama tiga minggu bermula 17 Februari 2023.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata, melalui pengagihan berpusat itu, sebanyak 33,540 peranti telah diagihkan dalam tempoh tiga minggu sahaja.

Katanya, baki pengagihan 9,000 peranti dijangka akan diselesaikan secepat mungkin.

"Secara keseluruhan program PerantiSiwa ini menelan belanja RM450 juta dan ia memberi manfaat kepada 359,742 mahasiswa dan pelajar dalam kelompok keluarga B40.

"Sejak permohonan dibuka pada 15 April 2022, KKD telah menerima sebanyak 474,311 permohonan. Setelah saringan kelulusan dilaksana, sebanyak 368,803 penerima PerantiSiswa telah dikenalpasti,"katanya.

Beliau menyatakannnya dalam sidang media setelah merasmikan Majlis Pengagihan Perantisiswa dan Perasmian MYDIGITAL.KKD di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.


(Fahmi Fadzil pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pengagihan Perantisiswa

dan Perasmian MYDIGITAL.KKD di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam)

Media Baharu