fb fb fb fb fb

31 Pegawai, anggota polis KL dibuang kerja

Perhimpunan Bulanan Ketua Polis KL di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)

KUALA LUMPUR, 20 Disember- Seramai 31 anggota dan pegawai polis Kontinjen Kuala Lumpur dibuang kerja atas pelbagai kesalahan sejak Januari hingga November lalu.

Jumlah yang dikenakan tindakan tegas itu berkurangan berbanding 41 pegawai dan anggota polis yang dibuang kerja tahun lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid menasihatkan pegawai dan anggotanya agar sentiasa menjalankan tugas dengan berintegriti kerana mereka bukan sahaja membawa imej sendiri, tetapi juga identiti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat dalam Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

Dalam pada itu, sepanjang tahun ini 93 anggota polis Kuala Lumpur dinaikkan pangkat daripada koperal kepada sarjan, manakala 34 lagi dinaikkan Sarjan Mejar.

ROSLINA BINTI DIN