fb fb fb fb fb

31 kedai di Pekan Tubau, Bintulu musnah dalam kebakaran

BINTULU, 3 Ogos- Dua deret bangunan kedai terdiri daripada 31 pintu musnah dalam kebakaran di Pekan Tubau di Bintulu, lewat malam tadi.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu , Wan Kamarudin Wan Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 11.53 malam.

Sebaik menerima panggilan kecemasan, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu bersama Ketuanya, Christus Buson bergegas ke lokasi bersama beberapa anggota dan jentera.

Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati blok rumah kedai lama jenis kayu tersebut telah musnah sepenuhnya.


(Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu ketika operasi pemadaman di lokasi kejadian)

"Kebakaran tersebut memusnahkan 100 peratus rumah kedai tersebut yang berkeluasan 400 kaki.

"Kejadian tersebut tidak melibatkan kecederaan dan kematian dengan semua mangsa dilaporkan dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, punca kebakaran masih disiasat.

Media Baharu