KUALA LUMPUR, 21 Jun- Genap 30 tahun menabur bakti di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran) RTM, Putri Joliana Yaacob bersara wajib hari ini.
Beliau mula bertugas di Jabatan Penyiaran pada 30 Jun 1994 sebagai jurutera penyiaran di IPPTAR, bertanggungjawab menyelaras program kejuruteraan asas.
Beliau pernah menjadi Timbalan Pengarah Kejuruteraan TV J48 di Kota Kinabalu, selain berkhidmat di Seksyen Kejuruteraan Digital Interaktif, serta Pengarah Bahagian Teknologi Produksi.
Kemuncak kerjaya beliau apabila dilantik ke jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pengarah Operasi Penyiaran pada Julai 2022.
"Hari ini saya akan meninggalkan RTM, esok adalah hari terakhir saya sebagai penjawat awam. jadi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua.
"...sebab saya sangat terharu, pada saat terkahir ramai yang menunggu saya. Saya mengharapkan RTM supaya terus maju rtm terus menjadi nombor 1 di mata penonton pendengar dan di media sosial," katanya pada simbolik mengimbas keluar kad perakam waktu di lobi Menara Angkasapuri, Kota Media di ibu negara.