TEMERLOH, 28 Mac- Hanya 30 peratus pegawai dan anggota bomba di negeri Pahang dibenarkan bercuti sempena Aidilfitri tahun ini kata Pengarah Bomba Pahang, Datuk Dr Wan Mohamad Zaidi Wan Isa.
Pembekuan cuti pegawai dan anggota itu akan berkuat kuasa minggu depan.
"Kita akan membekukan pada minggu hadapan hanya 30 peratus yang dibenarkan bercuti kali ini. Arahan telah dikeluarkan oleh jabatan, makna 30 peratus akan akur bermula minggu hadapan.
"Kalau kita tengok sekarang ini anggota bomba ada 966 pegawai jadi lebih kurang 30 peratus dalam 700 ratus di seluruh negeri Pahang," katanya dalam sidang media di Majlis Penututupan Response Time bagi pasukan bomba sukarelawan (PBS) Zon II Pahang Tahun 2024 di sini.
Perkara itu bagi memastikan aspek penugasan ditetapkan oleh jabatan dapat dilaksanakan sebaik mungkin sepanjang cuti perayaan tidak lama lagi.
Seperti tahun sebelumnya, pihaknya akan menempatkan pegawai dan anggota di beberapa lokasi strategik dan berisiko berlaku kemalangan.
Dalam pada itu taklimat kepada pasukan bomba sukarela juga sudah dilakukan sebagai persediaan menghadapi peralihan monsun timur laut sebagai persediaan jika berlaku kebakaran luar jangka seperti kebakaran hutan.
Selain itu, pasukan bomba sukarela juga akan menjadi mata dan telinga bagi menyalurkan maklumat kepada pasukan bomba jika mereka mengesan aktiviti pembakaran terbuka.