fb fb fb fb fb

3 lagi PPS dibuka di Johor

KLUANG, 26 Januari- Terdapat tiga penambahan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor menjadikan keseluruhannya adalah 58 PPS dengan bilangan penduduk terjejas juga meningkat kepada 5,528 orang berbanding 5,455 orang.

Tiga PPS yang terlibat adalah dua di Mersing dan satu di Kota Tinggi, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, Segamat kekal mencatatkan angka tertinggi dengan 1,811 orang daripada 508 keluarga di 21 PPS.

Sementara itu, Kluang juga mengalami pertambahan penduduk terjejas menjadikan keseluruhannya berjumlah 1,266 orang daripada 356 keluarga di 12 PPS dan Mersing 1,173 orang daripada 359 keluarga di sembilan PPS.

(Foto fail)

Di Kota Tinggi, 744 orang daripada 183 keluarga di lapan PPS, Batu pahat 299 orang di empat PPS dan Muar dengan 217 orang di tiga PPS.

Manakala Pontian kekal 18 orang daripada empat keluarga di sebuah PPS.

Media Baharu