fb fb fb fb fb

3 juta pelancong dijangka bercuti di Terengganu tahun ini


KUALA TERENGGANU, 11 Januari- Kerajaan Terengganu meletakkan sasaran seramai tiga juta pelancong dijangka berkunjung ke negeri itu pada tahun ini bagi tujuan percutian.

Bagaimanapun kajian semula jumlah sasaran 3 juta pelancong itu akan dibuat selepas tempoh enam bulan bergantung kepada keadaan semasa COVID-19 di
negera ini.

Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, sasaran itu berkurangan berbanding 5 juta pada tahun lalu disebabkan keadaan pandemik COVID-19 ketika ini.

Bagaimanapun pihaknya telah merangka pelbagai acara menarik didalam kalendar pelancongan sepanjang tahun ini.

"Pelancong masih memilih destinasi tempatan di Terengganu kerana negeri ini boleh dikatakan selamat dan rendah kes COVID-19, selain kami sentiasa menitikberatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP)," jelasnya semasa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman MoU antara Terengganu Incorporated dan Universiti Teknologi Mara di Kuala Terengganu.

Melalui MoU itu, hampir 50 pelajar UiTM Cawangan Dungun akan menjalani latihan industri di empat hotel kendalian Terengganu Inc di negeri itu.

 

Media Baharu