fb fb fb fb fb

3,396 permohonan Kad Siswa Johor diluluskan

Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 9 Oktober- Sebanyak 3,396 permohonan kad siswa Johor telah diluluskan setakat ini.

Menurut Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin, sebanyak 500 ringgit diberikan kepada pelajar semester 1 yang menerima Skim Bantuan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menerusi kad siswa berkenaan.

Beliau juga memaklumkan, beberapa buah syarikat termasuk syarikat pengangkutan bas dan gadget, turut menzahirkan minat untuk menyertai inisatif ini dan ia masih dalam peringkat perbincangan.

Sebelum ini, kerajaan Johor menerusi YPJ menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kad Siswa Johor, melibatkan kerjasama 10 buah syarikat, pada 18 September lalu.

Trainee