SEPANG, 28 Ogos- Seramai 3.26 juta pengembara telah melalui saringan Mpox atau cacar monyet di terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu sebagai kesiapsiagaan operasi dan langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang situasi berkaitan Mpox.
Pada masa sama beliau turut memaklumkan kira-kira 34 kes disyaki Mpox telah dilaporkan di fasiliti kesihatan dan hasil dapatan ujian berkenaan mendapati kesemuanya negatif.
"34 kes yang disyaki dan apabila kita ikuti perkembangan kes ini dapatanya tiada satu pun yang positif. Semuanya negatif, alhamdulillah. Saya kira situasi ini sangat terkawa dan kita akan lebih berjaga-jaga," katanya ketika di temui pemberita di sini.
Dalam pada itu Dzulkefly yang membuat lawatan pemantauan operasi di KLIA menegaskan, ketika ini Mpox masih terkawal di Malaysia.
Sementara itu Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru individu berisiko tinggi mengalami gejala seperti demam, bengkak pada kelenjar limfa dan ruam atau lepuh perlu mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berdekatan.