fb fb fb fb fb

3,000 cerun dikesan kategori berisiko

FOTO BERNAMA

IPOH, 11 Oktober - Kira-kira tiga 3,000 cerun dikategorikan berisiko menerusi pemantauan Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Sistem Pengurusan Cerun Bersepadu yang diselia cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR).

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemantauan berkenaan dijalankan bagi mengesan pergerakan tanah dengan tepat supaya membolehkan sistem amaran awal diaktifkan sekiranya dikesan risiko tanah runtuh.

"Kita yakini yang kita perhatikan pergerakan tanahnya menggunakan sistem pemantauan yang tepat dan kita sentiasa akan mengadakan ews (early warning system) di tempat-tempat yang kita rasa yang akan berlaku tanah runtuh," kata Ahmad Maslan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembaikan Cerun dan Membaik Pulih Jalan di Laluan FT185 Seksyen 44.10, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Daerah Kinta, di sini.

Tambahnya, Garis Panduan Pemetaan dan Penilaian Bahaya Cerun turut dilancarkan bagi menyediakan pelan tindakan sebagai asas lengkap pemetaan.

Projek Pembaikan Cerun dan Membaik Pulih jalan persekutuan FT185 Seksyen 44.1 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley Daerah Kinta, Perak dijangka siap Disember tahun depan.

Kerja-kerja pembaikan cerun yang telah dimulakan sejak 1 Julai 2022 itu kini telah mencapai 33.31 peratus dengan melibatkan kos keseluruhan RM122 juta.

Kawasan itu mengalami runtuhan setinggi 250 meter dan sepanjang 600 meter dengan kerja pembaikan cerun melibatkan skop kerja ukur tanah, siasatan tanah, kerja-kerja pengukuhan cerun, kerja-kerja sistem perparitan, kerja-kerja pencegahan dan amaran awal tanah runtuh.

TETITIA YUSOFF