
AYER KEROH, 17 Mac- Angkatan Pertahanan Awam (APM) Zon Selatan menggerakkan 276 pegawai dan anggota bagi rondaan di jalan raya persekutuan dan negeri sempena Aidilfitri.
- Operasi melibatkan tiga pejabat negeri: Melaka, Johor dan Negeri Sembilan serta 23 pejabat daerah.
- Anggota APM akan melakukan rondaan selama 16 jam sehari memastikan pergerakan trafik berjalan lancar.
- Operasi dijalankan dua syif: 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam.
- Terdapat rondaan tertentu sebelum Aidilfitri, operasi dihentikan dua hari pertama perayaan kemudian disambung semula.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Ghazali Abd Rahman berkata insiatif menerusi Op Prihatin itu melibatkan tiga pejabat negeri iaitu Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan 23 pejabat daerah.
Jelas beliau, menerusi operasi berkenaan, anggota APM akan melakukan rondaan selama 16 jam di sekitar jalan raya bagi memastikan pergerakan trafik berjalan lancar susulan jangkaan peningkatan pergerakan perantau.
“Operasi dijalankan mengikut dua syif – 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam.
“Terdapat juga tempoh rondaan tertentu sebelum Aidilfitri, manakala pada dua hari pertama perayaan, operasi akan dihentikan dan disambung semula selepas itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Op Prihatin Zon Selatan sempena Aidilfitri 2026 di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (Lebuh SPA) di sini hari ini.
Op Prihatin itu berlangsung dari 19 hingga 25 Mac.