fb fb fb fb fb

25 RUU diluluskan sidang Parlimen

PUTRAJAYA, 18 Ogos- Sidang Parlimen kali ini mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila 25 rang undang-undang (RUU) berjaya diluluskan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, 25 RUU yang diluluskan itu berkait rapat dengan kestabilan negara, ekonomi dan kebajikan rakyat selain melibatkan beberapa aspek antaranya kewangan, pertanian, industri makanan, jenayah dan kehakiman.

"Antara undang-undang dianggap mempunyai kepentingan kepada semua rakyat dan negara adalah RUU Pindaan perlembagaan Larangan Ahli Bertukar Parti diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga di Dewan Rakyat dan Dewan Negara," katanya.

Dalam satu kenyataan, Wan Junaidi berkata, semua RUU yang diluluskan akan menjalani proses yang sewajarnya sebelum ia dapat dikuatkuasakan melalui undang-undang dan penguatkuasaan.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari bermula 18 Julai hingga 4 Ogos, manakala persidangan Dewan Negara selama enam hari dari 8 Ogos hingga 16 Ogos.

Turut diluluskan, Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021 dan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang melibatkan bidang kuasa pelbagai kementerian.

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar/FOTO BERNAMA)


Sumber Asli, Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021 di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 (KDN) Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 di bawah Jabatan Perdana Menteri, Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, RUU Antigangguan Seksual 2021 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Akta Racun (Pindaan) 2022 dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Tiga RUU di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) diluluskan adalah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022, Sistem Insurans Pekerja (Pindaan) 2022 di dan RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Wan Junaidi berkata, terdapat Sembilan usul dibahaskan di Dewan Rakyat manakala hanya satu usul dibahas di Dewan Negara iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang dibentang dalam Mesyuarat Khas Dewan Negara pada 27 Julai lalu.

Media Baharu