25 asnaf perintis program keusahawanan digital di Perlis

Majlis pelancaran Program Keusahawanan Digital diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil

ARAU, 31 Mac – Seramai 25 asnaf dipilih sebagai perintis pelaksanaan Program Keusahawanan Digital di Perlis bagi memperkasa keupayaan mereka dalam ekonomi moden berteraskan teknologi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program anjuran Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin bersama Universiti Malaysia Kelantan menumpukan pembangunan kemahiran keusahawanan digital.
  • Modul latihan dan bengkel merangkumi pemasaran digital, penjenamaan, strategi perniagaan serta pendedahan kepada teknologi termasuk kecerdasan buatan.
  • Matlamat program ialah membantu golongan asnaf menyesuaikan diri dengan perubahan landskap perniagaan secara praktikal dan berorientasikan hasil.
  • Peserta terdiri daripada alumni PPITM, Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) dan komuniti peniaga kecil Kampung Warna-Warni Kuala Perlis.

Inisiatif anjuran Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan itu memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran pemasaran digital, penjenamaan produk serta penggunaan teknologi termasuk kecerdasan buatan.

Pengerusi Eksekutif FCoEE, Kamaruddin Hussin, berkata program berkenaan diwujudkan bagi membantu golongan asnaf menyesuaikan diri dengan perubahan landskap perniagaan masa kini.

“Melalui program ini, peserta akan mengikuti modul latihan dan bengkel secara tersusun merangkumi pemasaran digital, penjenamaan serta strategi perniagaan, selain pendedahan kepada teknologi bagi meningkatkan daya saing secara praktikal dan berorientasikan hasil,” katanya.

Peserta terdiri daripada kumpulan yang pernah menyertai program Pemangkin Pembangunan Insan Terpilih MADANI (PPITM), usahawan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) serta komuniti peniaga kecil Kampung Warna-Warni Kuala Perlis.

Majlis pelancaran program itu berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Kangar, Arau, diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil.