fb fb fb fb fb

24,150 aduan transaksi dalam talian diterima KPDNHEP

KUALA LUMPUR, 26 Mac - Sebanyak 24,150 aduan berkaitan transaksi dalam talian yang diterima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sehingga 28 Februari tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aduan tersebut merangkumi sebanyak 36.45 peratus berbanding jumlah aduan keseluruhan yang diterima oleh kementerian semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2020.

Menurutnya, aduan transaksi dalam talian adalah yang tertinggi di terima kerajaan. Ia berikutan kerancakan urus niaga dalam talian ketika era pandemik.

(Perdana Menteri berucap dalam Majlis Perasmian HPK 2022)

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2022 di ibu negara.

Sementara itu, lebih 90 peratus kes melibatkan penipuan transaksi dalam talian yang dilaporkan oleh pengguna telah selesai disiasat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, antara kes terlibat adalah barangan yang dibeli tidak sama seperti yang diiklankan, barangan tidak sampai dan barangan tiruan.

Tambah Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, baki selebihnya masih dalam proses siasatan kerana maklumat yang diperolehi dari pengguna tidak lengkap.

KPDNHEP menyatakan sejak PKP dilaksanakan bermula pada 2020, statistik menunjukkan peningkatan yang signifikan terhadap aduan berkaitan transaksi dalam talian.

 

Media Baharu