fb fb fb fb fb

230 peserta meriahkan Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Perlis

Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Perlis

KANGAR, 27 Mac- Seramai 230 peserta terdiri jawatankuasa dan ahli Pergerakan Puteri Islam Perhubungan Negeri mewakili 70 buah sekolah seluruh Perlis menyertai Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Perlis sempena bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Tadarus dan Khatam Al-Quran, Siti Berenee Yahya memaklumkan, inisiatif melaksanakan progran itu bagi menghidupkan lagi suasana Ramadan dan mengambil peluang bagi mengumpulkan golongan wanita dalam satu majlis ilmu yang banyak memberikan manfaat.

Selain itu, penganjuran program tersebut juga bagi memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan mempelajari, memahami dan menghayati Al-Quran serta mengajak semua golongan khususnya golongan muda untuk membudayakan Al-Quran dalam kehidupan mereka.

Program, turut memberi semangat dan motivasi yang tinggi kepada golongan ini supaya berusaha untuk celik Al-Quran demi masa hadapan yang hebat.

Beliau memaklumkannya pada Program Tadarus dan Khatam Al-Quran di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kampung Guar Syed Alwi.

Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Perlis turut menjadi salah satu platform yang cukup penting bagi menarik minat generasi muda khususnya untuk menyertai program-program pengimarahan masjid sepanjang Ramadan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE