fb fb fb fb fb

23 Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi baharu angkat sumpah jawatan

Ketua Hakim Negara Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bergambar bersama para hakim yang baharu mengangkat sumpah pada Majlis Penyampaian Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Pesuruhjaya Kehakiman di Istana Kehakiman/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 13 Ogos - Seramai 23 Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi yang baharu mengangkat sumpah jawatan dan taat setia dihadapan Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Datuk Mohammed Hashim.

Majlis Penyampaian Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Pesuruhjaya Kehakiman berlangsung di Istana Kehakiman di sini.

Antara dalam senarai merupakan tiga pegawai daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) iaitu Penolong Kanan Penggubal Undang-undang Parlimen Bahagian Gubalan, Datuk Ronald Joseph Franklin; Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Syed Faisal Syed Amir dan Ketua Unit Rayuan Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datin Asmah Musa.

Turut dalam senarai pelantikan tersebut ialah Datuk Muhammad Adam @ Edward Abdullah; Isa Aziz Ibrahim; Dr Seow Hock Peng; Shahriza Zalina Abdul Shukor; Helmi Hamzah; Rajes Raghavi; Datuk Mohd Aimi Zaini Mohd Azhar dan Samry Masri.

Seterusnya Moh Kok Wai; Datuk Khamsiah @ Anita Harun; Manira Mohd Nor; Dr. Noradura Hamzah; Darmafikri Abu Adam; Datuk Edwin Paramjothy Michael Muniandy; Shamsul Bahrin Abdul Manaf; Datuk Abdul Fareed Abdul Ghafoor; Kalyana Kumar Sockalingam; Avinder Singh Gill Ranjit Singh; Kuldeep Kumar Jamna Dass; Shoba Rajah Dorai Rajah.

Pada majlis itu, Datuk Wan Ahmad Farid menyampaikan surat cara lantikan kepada kesemua Pesuruhjaya Kehakiman yang baharu disusuli dengan sesi mengangkat sumpah jawatan dan taat setia dihadapan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Datuk Mohammed Hashim.

Minggu lalu, Datuk Wan Ahmad Farid menyatakan badan kehakiman bertekad untuk menangani isu lambakan kes tertunggak di seluruh negara termasuk melantik lebih ramai Pesuruhjaya Kehakiman selain menambah jumlah bilik mahkamah.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI