fb fb fb fb fb

23 keluarga terjejas banjir di Perak

Keadaan banjir di Bagan Serai/Foto APM

IPOH, 18 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurang kepada 83 orang daripada 23 keluarga setakat pukul 10.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, tiga Pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua daerah iaitu daerah Kerian dan Kinta.

Di daerah Kerian, PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak menempatkan 18 penduduk daripada tiga keluarga. 

Sementara itu,  Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu menempatkan 57 penduduk daripada 19 keluarga.

Manakala di daerah Kinta, lapan penduduk daripada sebuah keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai (MBI) Taman Meru 2A Ipoh.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI