fb fb fb fb fb

22 penduduk terjejas banjir di Lipis dipindahkan ke PPS

(Limpahan air Sungai Telang menyebabkan peningkatan paras air)

KUALA LIPIS, 23 Oktober- Seramai 22 penduduk terjejas banjir di daerah Lipis dipindahkan setelah kediaman mereka dilimpahi air sungai sejak petang tadi.

Kesemua enam keluarga terbabit dipindahkan ke pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Masjid Kampung Beletik membabitkan penduduk di Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit.

Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir berkata, "seramai tujuh penduduk daripada tiga buah keluarga dipindahkan di Masjid Kampung Beletik susulan limpahan air daripada Sungai Telang."

Sementara itu, seramai 15 penduduk daripada tiga buah keluarga di Kampung Lubuk Kulit juga dipindahkan ke PPS.

Daerah Lipis menjadi daerah kedua yang dilanda banjir selepas Raub.

(Penduduk terjejas banjir dipindahkan ke PPS)

 

Media Baharu