fb fb fb fb fb

22 cedera terkena serpihan mercun meletup di Kulim

Antara mangsa cedera dalam insiden letupan mercun di Kulim /Foto RTM

KULIM, 20 Oktober - Seramai 22 orang cedera akibat terkena serpihan letupan mercun ketika sambutan Deepavali di Paya Besar, Kulim, Kedah, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan dalam kenyataan mengesahkan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12.45 tengah malam itu menyebabkan seorang mangsa mengalami kecederaan serius pada dahi.

Menurutnya, kejadian tersebut disedari anggota Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang membuat rondaan dan melihat kesesakan lalu lintas dengan kehadiran orang ramai di kawasan itu, sebelum memaklumkan kepada petugas bilik kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

Apabila pasukan bantuan sampai di tempat kejadian, didapati terdapat ramai yang cedera dan dimaklumkan disebabkan oleh mercun yang dibakar meletup.

Dua ambulans digegaskan ke tempat kejadian untuk memberi rawatan awal kepada mangsa dan membawa mereka ke Hospital Kulim.

Lalu lintas kembali terkawal, dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958

EMMI NORALIZA ADNAN