fb fb fb fb fb

22 anggota MAIS terima watikah perlantikan

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 22 ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bagi sesi 2024 - 2026 ? FOTO RTM

SHAH ALAM, 4 Disember- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 22 ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais) termasuk empat muka baharu bagi sesi 2024 hingga 2026.

Istiadat pengurniaan Watikah Perlantikan itu berlangsung di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Pada istiadat sama, baginda turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan anggota MAIS yang baharu bagi sesi 2024-2026 iaitu Orang Besar Bergelar, Tengku Seri Andika Diraja Tengku Datuk Iskandar Shah Tengku Ismail Shah Alhaj dan Profesor International Centre Of Education in Islamic Finance Prof Dr Ashraf Md Hashim.

Manakala dua lagi ahli baharu dilantik ialah Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Salasiah Hanin Hamjah dan Perunding Bebas Dalam Bidang Strategi Perniagaan, Mohamad Izam Mohamed Yusof.

Baginda turut berkenan mengekalkan dan melantik Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Kesemua pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026.

Perlantikan berkenaan selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dibawah subseksyen 11 (1) dan (2).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD