fb fb fb fb fb

200 bakul makanan diagihkan kepada penduduk terjejas banjir di Sabah

Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk terjejas banjir di Kampung Ulu, Putatan

PUTATAN, 8 Julai - 200 bantuan bakul makanan disalurkan kepada penduduk terjejas banjir, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Wanita Gagasan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun berkata, bantuan itu disumbangkan kepada semua penduduk terbabit tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik.

"Tidak kiralah apa saja bencana menimpa rakyat itu, banjir, kebakaran atau apa jua keperluan, kita (kami) wanita GRS akan sentiasa berusaha untuk mencri jalan agar dapat membantu meringankan beban mereka," katanya.

Datuk Azizah ditemui RTM selepas menyempurnakan Program Mengagih Bakul Makanan kepada penduduk terjejas banjir di Putatan.

Sementara itu, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Petagas, Mohd Isquzawan Israq Arsit menzahirkan terima kasih atas bantuan berkenaan yang meringankan beban penduduk terjejas.

Menurutnya, banjir yang melanda Putatan dan beberapa daerah lain, baru-baru ini merupakan yang terburuk dalam sejarah bencana alam di kawasan itu.

"Kita juga telah mendapat maklum balas daripada pihak ketua kampung, pihak pegawai daerah sendiri yang mana beliau akan mengusahakan langkah yang terbaik iaitu langkah jangka masa panjang dan jangka masa pendek supaya memastikan keadaan banjir seperti ini tidak berlkau lagi atau dapat dikurangkan," katanya.

Pada 1 Julai lalu, wanita berusia 37 tahun menjadi korban pertama bencana banjir yang melanda beberapa daerah di Sabah.

GRACE AISYAH KEDAYAN