fb fb fb fb fb

20 anak jati Melaka jelajah 11 negara ke tanah suci Mekah

Ketua Menteri Melaka pada acara Program Jelajah Silaturahim Malaysia ke Mekah hari ini/Foto FB Ab Rauf

MELAKA, 19 Mac - Seramai 20 orang anak jati di negeri ini menyahut cabaran memulakan kembara sejauh 15,000 kilometer (km) bagi menggunakan laluan darat ke tanah suci Mekah.

Peserta terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita bagi ekspedisi itu melalui jalan darat yang dijangka mengambil masa 45 hari.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Program Jelajah Silaturahim Malaysia ke Mekah julung kali itu diadakan sempena Tahun Melawat Melaka (TMM 2024) bermula 21 Mac hingga 27 April depan.

Katanya, kesemua peserta akan merentasi 11 negara antaranya Thailand, Laos, China, Nepal, India, Pakistan, Iran, Iraq, Kuwait dan Arab Saudi.

"Selama 45 hari perjalanan kita doakan supaya mereka selamat menempuhi perjalanan ini dan kita doakan supaya mereka juga selamat tiba tanpa halangan halangan yang menggagalkan perjalanan ini.

"Tanah suci mekah ialah tempat beribadat di samping mereka dapat menjalankan program-program dalam aktiviti riadah dan kembara iman ini dengan membawa kempen tahun melawat Melaka," katanya pada media selepas acara Program Jelajah Silaturahim Malaysia ke Mekah hari ini .

Menariknya, kayuhan merentas sempadan negara ini adalah gabungan pelbagai kenderaan terdiri daripada empat motosikal dan enam kereta termasuk Proton Wira , kenderaan pacuan empat roda dan motosikal pertama buatan Malaysia, Modenas Kriss 110.

Keseluruhan kos misi jelajah berkenaan dianggarkan RM580,000 dan kerajaan negeri turut menyumbangkan RM100,000.

GRACE AISYAH KEDAYAN